• Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Tidaklah kalian masuk surga hingga kalian beriman. Dan tidaklah kalian beriman hingga saling menyayangi antara satu sama lain. Mahukah kalian aku tunjukkan suatu amalan yang jika kalian kerjakan niscaya kalian akan saling menyayangi antara satu sama lain? Sebarkanlah salam sebanyak-banyaknya diantara kalian" - (Muslim)

Hijab (Tabir/Purdah) Isteri-Isteri Nabi SAW

Anas bin Malik ra. berkata, 'Pertama kali ayat tentang hijab diturunkan adalah ketika Rasulullah SAW menikahi Zainab binti jahsy. Pada pagi hari Rasulullah SAW menikahi Zainab beliau mengundang orang-orang lalu mereka makan dan kemudian pergi. Sekelompok orang masih tinggal bersama Nabi. Mereka tetap di sana untuk waktu yang lama. Rasulullah SAW bangkit dan aku pergi bersamanya hingga kami sampai di pintu ruangan 'Aisyah. Ketika beliau duga orang-orang itu mereka telah pergi, beliau kembali dan aku kembali bersamanya dan mereka ternyata sudah pergi. Maka beliau memasang tabir antara aku dan beliau lalu turunlah ayat tentang hijab,

"Hai orang-orang yang beriman! janganlah kamu memasuki rumah Nabi kecuali kamu diizinkan makan dengan tidak menunggu-nunggu waktu masak (makanannya), tetapi jika kamu diundang, maka masuklah dan jika kamu selesai makan keluarlah kamu tanpa asyik memperpanjang percakapan. sesungguhnya yang demikian itu akan mengganggu Nabi, lalu Nabi malu kepadamu (untuk menyuruhmu keluar). (QS. 33:53)
Dan aku berumur 15 tahun pada waktu itu.

Menurut ibnu Abbas, Ayat tentang hijab istri-istri Rasulullah SAW diturunkan ketika Umar ra. sedang makan bersama Nabi SAW. lalu tangannya menyentuh tangan salah seorang istri Nabi SAW, maka ayat tentang hijab diturunkan. Orang-orang bertanya kepada Zuhri, "Siapakah yang biasa mengunjungi para istri Nabi?" Dia menjawab, "Setiap orang yang mempunyai hubungan keturunan atau sesusuan yang menghalangi pernikahan". Ditanyakan, "Bagaimana dengan orang-orang lain?" Dia menjawab, "Mereka harus menyelubungi diri dari mereka. Mereka harus berbicara dari balik tabir. Dan tabirnya hanya selapis". Pernah juga Ummu Salamah dan Maimunah sedang bersama Nabi SAW, tiba-tiba lbnu Ummi Maktum masuk. Peristiwa itu terjadi setelah hijab diturunkan. Nabi SAW berkata kepada istri-istrinya, "Selubungilah diri kalian darinya." lstrinya bertanya, "Ya Rasulullah SAW, bukankah dia buta?" Beliau SAW menjawab, "Apakah kalian juga buta? Tidakkah kalian melihatnya?"

15 comments:

IeQa said...

salam.. apa maksud Rasulullah SAW:
"Apakah kalian juga buta? Tidakkah kalian melihatnya?" jadi, kte tak boleh buka aurat depan orang buta???

azharjaafar said...

Maksudnya mungkin juga tidak patut membuka aurat walau dihadapan lelaki buta.

Contohnya; seorang yang mandi telanjang di dalam bilik mandi yang bertutup. Sebagai adab adalah lebih baik mandi dengan menjaga aurat walaupun di dalam bilik mandi yang tertutup.

Wallahua'lam.

NOOR AZLIZA ABI ABDULLAH said...

salam ana pernah dengar kisah ini.. dalam alquran. afwan faktanya ana tak jmpa untuk nyatakan. bukankah kala itu seorang lekali buta datang, baginda menyuruh isteri2 masuk. apabila dikatakan bukankah lelaki itu buta justeru rasurullah menjawab memang dia buta tapi kamu masih boleh melihatnya bukan?

Hideossle said...

menurut kefahaman saya, 'tabir' yang dimaksudkan di sini adalah 'pembahagi (seperti langsir)', terutamanya bila tiba pada ayat; "Maka beliau memasang tabir antara aku dan beliau (P.1, L.9)" dan "berbicara dari balik tabir (P.3, L.9)"

jadi, kemungkinan maksud "Apakah kalian juga buta? Tidakkah kalian melihatnya?"

adalah, walaupun lelaki buta (Ibnu Ummi Maktum) itu tidak dapat melihat isteri nabi, tetapi isteri nabi dapat melihatnya. justeru tabir (langsir) dapat membantu untuk melindungi dari berlaku penglihatan tersebut.


Wallahua'lam

azharjaafar said...

Tabir adalah hijab atau penghalang. Boleh jadi langsir jika ada langsir.

Jika tiada langsir? Contohnya ketika berjalan dikhalayak ramai.. Apa-apa sahaja yang menutup adalah tabir.

Wallahua'lam.

Unknown said...

salam

encik, saya saya mempunyai azam yang kuat untuk memakai purdah..tetapi, rakan-rakan saya cakap, purdah tu untuk orang yang cantik jelita je, dan kalau rasa wajah tu jelita, pakai la..saya tidaklah jelita, tapi alhamdulilah, masih sempurna,
jadi, saya mula patah semangat..
harap encik dapat bagi nasihat..

trima kasih

yang lemah..

PIANED said...

kalau kita pakai purdah apa salahnya...ia dapat menambahkan kesukaan ALLAH terhadap kita...sapa yang kita nak sukakan?

zamieza forever said...

org yg pakai purdah akan dapat kecantikan 70x ganda lg...daripada biasa.

Hideossle said...

diri: "rakan-rakan saya cakap, purdah tu untuk orang yang cantik jelita je"


setiap wanita adalah jelita. walaupun tak jelita pada mata semua, tapi tetap boleh jelita pada mata mana-mana lelaki. maksiat pun berleluasa bukan sahaja dikalangan wanita jelita. islam tak membezakan antara rupa. wanita tetap wanita.

Mimosa Pudica said...

salam
sebaik-baik wanita adalah tidak memandang dan dipandang...
wanita juga tuntut supaya menjaga pandangan mata sebagaimana kaum lelaki.
soal purdah tu pula,apa yang penting niat...bila dah mula amal...kena la istiqamah.
wallahu'alam.

Mimosa Pudica said...

salam
maaf.
kaum wanita juga dituntut menundukkan pandangan sebagaimana kaum lelaki...
sesungguhnya, malu itu merupakan salah satu cabang iman.
wallahu'alam.

Mizz Ell Kay said...

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt. di akhirat tetapi Allah swt. sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah..

da'e said...

mksd adakah kamu juga buta isteri2 nabi juga perlu tundukan pndangan Hijab bukan hnya untuk org lain x lihat wanita tersebut tetapi juga supayag mereaka x lihat.

Adiwan Sw said...

Izin Copy Paste

Unknown said...

Siapa yg bg 70x ganda tu?

Komentar